Monday, December 21, 2009

TSI 6:MELAYU DAN DISPLIN

Displin adalah perkataan yang Inang agak gementar sikit bila mendengarnya. Maklum sajalah bila bercakap mengenai displin, pekara utama sekali yang terbayang di dalam kotak fikiran Inang adalah displin diri sendiri yang rasanya telah terbukti bahawa Inang tidak dapat mendisplinkan diri Inang untuk menulis blog tepat pada waktunya.

Sudah hampir sebulan blog Inang bersawang dan ini mengakibatkan Inang hilang pembaca apa lagi pembaca yang setia menanti blog Inang. Setakat ini Inang belum lagi mempunyai peminat setia rasanya, untuk mencapai ke tahap terebut Inang perlu bekerja keras dan disulamkan dengan displin yang jitu untuk terus menulis artikel yang menarik perhatian pembaca.

Inang berjanji dengan diri Inang untuk mengenali 'displin' dengan lebih dekat untuk mencipta kejayaan yang diimpikan. Kejayaan bukannya mudah untuk kita kecapi dan didalam banyak perkara kejayaan tidak datang bergolek. Bangsa Melayu sejak dahulu kala lagi sentiasa diingati dengan berbagai peribahasa agar berusha untuk menempa kejayaan tetapi tidak pernah menekankan displin. Mungkin pada ketika itu Bangsa Melayu tidak pernah terfikir akan perbuatan displin ini maka perkataan yang seumpamnya tidak wujud dalam perbendaharaan kata Melayu.

Antara peribahasa tersebut adalah seperti " Ada padang adalah belalang, ada air adalah ikan,ada batang , adalah cendawan" didalam konteks ini Inang percaya peribahasa ini menggalakkan Melayu untuk tidak berputus asa didalam mencari kejayaan. Pepatah tersebut memberi semangat dengan harapan agar Melayu tidak beputus asa. Persoalannya disini, seatakat manakah kejayaan yang diharapkan itu. Ianya seolah olah seperti cukup makan sahaja tidak lebih dari itu. Bagaimana pula dengan unsur displin untuk terus berjaya dengan kejayaan yang maha hebat?...Melayu rata ratanya tidak pernah terfikir kearah itu kerana bangsa Melayu pada dasarnya adalah bangsa yang tidak suka kepada pekerjaan yang susah dan memerlukan displin yang tegar.

Pepatah diatas pun hanya memberi contoh kepada belalang,ikan dan cendawan. Semuanya itu ada dibelakang rumah orang Melayu sejak berzaman dahulu. Apa perlu mereka makan daging..tak perlu kerana belalang, ikan dan cendawan bersepah ditepi dan dihalaman rumah, kenapa perlu berusha lebih gigih sedangkan segalanya ada didepan mata..........

Pada dasarnya Melayu dilahirkan sebagai bangsa yang mudah dari segala aspek dan Inang sendiri pun telah terbukti mengambil mudah terhadap penulisan blog ini , kalau senang Inang tulis dan kalau malas Inang tangguhkan dulu......dalm erti kata lain perbuatan Inang ini adalah sinonim dengan Melayu. Oleh itu Inang berkesimpulan bahawa displin adalah perkataan yang sukar diadaptasikan oleh bangsa Inang. Inang boleh hurai dan terus mengupas mengenai isu ini tetapi Inang rasa cukuplah sekadar disini dulu dari Inang,

Inang memang seronok memperkarakan tentang Melayu dan Inang akan terus menulis mengenainya dari sudut pemerhatian Inang. Semoga berjumpa lagi dilain TSI.