Semalam Inang berkesempatan manghadirkan diri Inang ke majlis yang Inang agak keberatan untuk pergi. Inang memang tidak gemar berada di dalam kelompok yang bukan dari kesesuaian Inang . Lebih-lebih lagi jika kelompok itu adalah kelompok yang jauh berbeza dari kepakaran Inang sendiri. Walaubagaimana pun Inang berbangga dengan kelompok-kelompok tersebut yang terdiri dari kalangan bangsa Inang yang amat Inang sayangi dan sentiasa Inang peka terhadap gelagat mereka. Tetapi sehingga ke hari dan disaat ini Inang masih lagi menjadi pemerhati dari jauh sahaja. Menjadi pemerhati yang setia kadang-kadang bukanlah pilihan yang bijak walaupun ianya menjadi pilihan suara ramai. Pemerhati tidak perlukan usaha yang waja malahan pemerhati tidak perlu memerah otak ataupun tenaga yang jerih untuk mencipta sesuatu kejayaan.
Pepatah memang benar untuk menyatakan bahawa bukannya senang untuk menjadi senang dan bukannya susah untuk menjadi susah. Itu pepatah zaman kini bukannya pepatah zaman Melayu kuno. Banyak pepatah Melayu kita mempunyai kebenaran yang jitu yang diperolehi daripada pengalaman mereka ketika melalui zaman kegemilangan dan juga zaman penjajahan kuasa luar. Walaupun bangsa Inang yang Inang cintai ini telah lama merdeka tetapi masih ramai
di antara mereka yang masih dijajah dari segi pemikiran dan berkemungkinan juga
dari sudut ekonomi.
Berbalik kepada cerita Inang diawal salam perkenalan tadi, Inang cuma menumpang bangga terhadap pencapaian satu kelompok masyarakat Inang yang baru inang kenali.
Mereka terdiri daripada segelintir masyarakat bangsa Inang yang sanggup bekerja keras untuk memastikan di antara mereka ada ciri -ciri kejayaan yang boleh dibanggakan dan menjadi contoh kepada mereka yang mahu kepada perubahan.
Inang rasa tidak salah kalau Inang berterus terang sahaja disini dengan menyatakan dan membongkar rahsia kejayaan kelompok tersebut. Bukan niat Inang untuk mempromosikan syarikat berkenaan mahupun untuk terlalu memuji dan menyanjung kelompok serta syarikat tersebut yang 100% adalah dimiliki oleh Bumiputra. Inang berpeluang melawat kerumah kediaman pengasas syarikat tersebut baru baru ini . Itu pun diatas jemputan rumah terbuka hari raya Aidil Fitri di Country Heights Kajang. Inang berasa amat kagum dengan pencapaian bangsa Inang. Kemudian Inang berpeluang pula bertemu dan beraya sekali di rumah salah seorang yang berjaya didalam kelompok tersebut di Senawang.
Inang dijemput pula menghadiri ‘talk” berkenaan kegiatan syarikat tersebut dan juga produk yang dikeluarkan. Untuk menjalankan sesuatu perniagaan itu mestilah ada produknya ataupun servis yang disediakan. Produk ataupun servis adalah elemen utama untuk menjana sesuatu bisnes. Tiada produk maupun servis maka tiadalah unsur perniagaan. Sesuatu produk atau servis yang baik akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan tersebut. Makin banyak jumlah permintaan terhadap produk atau servis syarikat tersebut maka makin banyaklah jumlah pendapatan yang dihasilkan.
Di sini Inang tidak lah berniat untuk menjaja produk syarikat tersebut lebih lebih lagi di ruangan yang Inang rasa dapat memberikan buah fikiran dan pengalaman Inang kepada pembaca semua. Walau bagaimanapun Inang tidaklah kedekut untuk memberikan pembaca sekalian maklumat ataupun informasi mengenai produk yang hebat dari syarikat tersebut lebih lebih lagi produk yang lebih menjurus kepada kewanitaan. Pembaca yang berminat bolehlah melayari laman web inangindah.com. Inang memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada banyak kesilapan yang ada pada web tersebut kerana proses kemas kini sedang dan sentiasa dijalankan.
Didalam ‘talk’ yang diberikan oleh salah seorang peniaga dari kelompok tersebut yang kini sudah bergelar jutawan dan dari kaum Inang sendiri, beliau menyatakan bahawa kebanyakkan mereka asalnya dari golongan yang susah tetapi atas prinsip ingin merubah kehidupan dan kesedaran yang ada , mereka telah membuktikan bahawa dengan tekad yang kuat untuk berjaya dan tanpa mengenal sikap berputus asa kini mereka mampu untuk memiliki apa yang mereka idamkan selama ini. Kini perkataan 'mampu' bukanlah perkataan pilihan mereka kerana perkataan ‘mahu’ lebih bermakna bagi kelompok yang berjaya dan mampu mengatasi kemahuan mereka.
Salam dari Inang buat seketika dan diharapkan agar Inang dapat bersua dengan para pembaca sekelian di artikal yang akan datang. Akhir kata pilihan untuk hidup atas dasar apa yang kita mampu ataupun atas dasar apa yang kita mahu bergantung kepada kehendak mutlak kita. Jika inginkan perubahan yang positif kita perlu memiliki pemikiran yang positif. Pemikiran yang positif perlu diiringi dengan usaha yang positif. Usaha yang positif insyaAllah akan menghasilkan
kejayaan yang positif.



No comments:
Post a Comment