

Inang mengambil masa selama 3 hari untuk memastikan bahawa fenomena ‘Ribut Musim Sejuk' benar benar tidak terjadi dinegara kita ini yang selalunya beriklim panas dan lembap seperti yang diramalkan pada 20 haribulan yang lepas. Inang sebagai insan yang bergelar wanita ini amat berhati hati terhadap perkara ini walaupun ada diantara kita yang terus menolak akan spekulasi tersebut.
Maklumlah sebagai seorang wanita, selalunya bahan bahan sebegini akan menjadi satu persoalan yang besar bagi hati dan jiwa kami yang lembut ini. Berbagai bagai persoalan dan kerisauan yang timbul walaupun bagi sesetengah mereka perkara ini hanyalah antara salah satu cerita yang remeh temeh dan tidak perlu dibincangkan langsung. Tapi yang pasti kebelakangan ini agak sukar untuk sang matahari menjenguk kita dan nampak gayanya baju yang dibasuh agak sukar dikeringkan dan jumlah baju pastinya bertambah dengan kehadiran cuti sekolah ini. Lainlah jika segalanya diserahkan ke kedai dobi.
Inang masih tidak berpuas hati dengan ramalan atau spekulasi dari internet ini, bukannya Inang meminta-minta akan kejadian fenomena yang disebarkan tersebut cuma sikap ingin tahu Inang kadang-kadang terbawa-bawa juga. Sekali lagi Inang dikejutkan pula dengan berita internet terbaru mengenai satu malapetaka yang amat besar yang akan terjadi pada tahun 2012.
Sehinggakan telah banyak buku yang yang telah diterbitkan oleh para penganlisis malapetaka ini dan tidak ketinggalan juga filem ‘2012’ turut ditontonkan baru baru ini.
Berikut adalah petikan ulasan dari internet yang Inang terjemahkan sendiri kepada pembaca. Inang bukanlah dari golongan terpelajar yang mampu mengalih bahasakn artikel ini dengan baik. Maka oleh itu Inang berharap agar pembaca boleh menerima usha Inang ini dengan hati yang terbuka.
Fakta 5 : Gunung Berapi Terbesar
Yellowstone National Park di Amerika Syarikat sememangnya terkenal dengan geyser atau pancutan air panas serta kolam air panas. Hakikatnya Taman Negara tersebut terletak diatas puncak sebuah gunung berapi terbesar di dunia. Kini pakar-pakar geologi amat khuatir kerana Yellowstone mempunyai rekord dimana letusan akan berlaku setiap 650,000 tahun dan ianya telah bertahun tahun terlewat untuk meletus kembali seperti didalam rekod kitaran tersebut. Letupan yang dijangkakan itu akan mengakibatkan atmosfera kita dipenuhi abu yang akan menghalang sinaran matahari dari mencecah bumi. Ini akan menyebabkan bumi berada pada suhu sejuk untuk selama 15,000 tahun. Tekanan ledakan dan letusan di Yellowstone semakin meningkat dan para geologi meramalkan 2012 adalah tahun terjadinya letusan hebat gunung berapi Yellowstone.
Fakta 6: Pakar Fizik
Fakta ini agak lemah dimana pakar fizik menggunakan kaedah matematik. Ahli fizik dari Universiti Berkley telah membuat pengiraan dan menyatakan bahawa bumi ini telah sampai waktunya untuk menemui kemusnahan yang amat dasyat. Pengiraan mereka membuktikan bahawa tidak lama lagi bumi dan semua kehidupan bumi akan mati. Ramalan matematik mereka adalah 99% tepat dan akan terjadi pada 2012.
Fakta 7: Medan Magnet Dunia
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa bumi dikelilingi dan dilindungi oleh medan magnet bagi menghalang sinar radiasi matahari yang bahaya. Apa yang kita tidak tahu adalah kutub kutub magnet yang kita gelar Kutub Utara dan Kutub Selatan mempunyai kecenderungan untuk bertukar posisi setiap 75,000 tahun atau lebih. sekarang kecenderungan itu telah terlewat sekitar 30,000 tahun. Saintis menyatakan kutub kutub tersebut sedang tersasar kira kira 20-30km setiap tahun dan dengan kadar yang lebih pantas dari sebelumnya, ini membuktikan bahawa pertukaran kutub tersebut akan terjadi didalam masa yang terdekat nanti. Ketika proses pertukaran kutub , medan magnet akan terganggu dan terus hilang dari bumi untuk sekitar 100 tahun. Yang pasti sinar unggu dari pancaran matahari untuk beberapa saat sahaja sudah cukup umtuk memanggang kulit manusia pada waktu itu dan membunuh segala yang disentuhnya!!!
Inang masih belum lagi menonton cerita ‘2012’ tetapi perkara ini amat membimbangkan hati Inang kerana tahun 2012 bukannya lama sangat untuk ditempuhi. Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung tahun 2009, mungkin kemungkinan fakta diatas adalah dari salah satu kemungkinan dari cerita cerita internet yang tidak berasas. Sekiranya tidak berasas bagaimana pula banyak artikel dari ramai penulis buku yang begitu berminat dengan ‘2012’ dan ada pula pendapat yang mengatakan 2012 adalah simbol kepada peperangan nuklear.
Berita hari ini ada menyatakan yang negara Iran sedang melancarkan latihan peperangan nuklear bagi mengelakkan negara tersebut dari serangan Amerika dan Israel. Untuk pengetahuan, negara Iran sentiasa mensasarkan peluru berpandu nuklear negaranya kearah Israel dan ini tidak disenangi oleh negara Yahudi dan sekutunya. Jadi renung-renung dan proseslah segala maklumat yang ada mengenai 2012 ini dan yang pasti Inang juga ada terbaca e mail mengenai sebuah hadis dimana akan terjadi satu malapetaka yang besar yang bakal terjadi pada hari Jumaat 15 haribulan Ramadan. Setelah dikira kira ianya akan terjadi pada tahun 2012. Malapetaka ini akan menyebabkan 2/3 dari umat manusia mati. Inang tidak berani membenarkan hal ini, cuma Inang meminta para pembaca menilai semula dan cuba mencari maklumat yang tepat dan sekiranya ada komen dikalangan pembaca diharapkan dapat dikongsikan bersama diruangan ini.
Salam dari Inang dan harap dapat bertemu kembali pada artikel akan datang.



No comments:
Post a Comment