Wednesday, November 18, 2009

TSI 2 : TANYA SAMA INANG(TSI)

Semangat yang kental dan tidak mudah akur kepada kegagalan adalah bekalan yang paling

hebat untuk menempuh kejayaan. Kedua dua bekalan tersebut tidak memerlukan modal

wang ringgit, cuma perlu direalisasikan kerana bekalan tersebut merupakan sifat dan anugerah

Allah swt kepada semua insan di dunia ini . Tidak semua insan boleh merealisasikan sifat tersebut. Apa yang dapat Inang perhatikan dan simpulkan disini bahawa sifat tersebut hanya boleh dibentuk

kearah kejayaan oleh mereka yang mempunyai semangat waja dan telah terbukti akan kejayaan mereka.

Inang sendiri tidak tahu tahap mana ataupun sukar mana sesuatu ranjau berduri yang perlu ditempuhi oleh

mereka yang kini sedang menikmati kejayaan. Agak pelik juga untuk Inang menceritakan sesuatu yang

Inang sendiri tidak alami. Yang pasti Inang sendiri belum berada di kedudukan mereka yang telah berjaya

dan terfikir pula Inang untuk sama ada sanggup menempuh ranjau tesebut dan menikmati kejayaan

yang mampu membuka mata mereka yang rapat dengan Inang.

Walau apa pun, bak kata pepatah Melayu ‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Banyak

lagi pepatah Melayu yang seumpamanya yang menoktahkan bahawa tiada jalan lain untuk menempa

kejayaan melainkan dengan usha yang jitu. Kita sebenarnya lupa untuk menoleh kebelakang mengingati

dan mengkaji pepatah dan peribahasa dari nenek moyang kita. Sikap ‘tidak apa’ kita masih menebal dan

selalunya kita menyerahkan nasib kita kepada takdir. Kita terlalu berseronok dengan apa yang kita ada

buat ketika ini dan kita tidak pernah terfikir pula berapa lama kita boleh bertahan dengan apa yang kita

ada tanpa berusaha untuk menambah kepada apa yang telah sedia ada.

Inang dapat rasakan bahawa kekebanyakan bangsa Inang ( termasuk Inang sendiri, mungkin!!! ) hanya mampu

menjadi Pak Kadok. Pembaca sekelian tentu tahu siapa Pak Kadok kan? Kalau tidak kenal dengan Pak Kadok

memang pembaca sekelian tidak akan kenal dengan Pak Pandir. Kedua dua pakcik ni adalah simbol kepada

bangsa Inang yang mungkin telah ditanam didalam benak fikiran masyarakat Inang oleh penjajah yang mempunyai

agenda dan niat yang jahat untuk menidakkan keupayaan bangsa Inang. Kedua dua pakcik ini telah lama ujud di dalam kotak pemikiran dan sudah pasti masih hidup tanpa generasi sekarang ini sedar yang mereka telah memilih untuk menghidupkan cara dan budaya kedua dua pakcik ini .

Memang benar apa yang dijanjikan oleh Laksamana Hang Tuah dengan ungkapan “ Takkan Melayu Hilang Di Dunia “.

Tetapi harta benda dan budaya Melayu yang kaya suatu masa dahulu nampaknya semakin hilang. Kalau pembaca

sekelian tidak setuju dengan pendapat Inang, itu adalah hak pembaca tetapi sekiranya pembaca membuka mata

dan hati dengan wajarnya, kita tak ubah seperti Pak Kadok yang menang sorak tapi kampung tegadai dan perangai tak ubah seperti Pak Pandir yang sentiasa mengiakan perkara yang bodoh. Sekiranya ada pembaca yang masih tidak mengenali kedua dua pakcik tersebut, pergilah ke perpustakaan dan carilah sumber mengenai kedua dua watak tersebut dan Inang tidak keberatan untuk menghuraikan watak watak tersebut pada artikel artikel yang akan datang sekiranya terdapat permintaan dari pembaca yang budiman.


Inang masih lagi membaik pulih laman web inangindah.com untuk Inang membuktikan Inang bukanlah dari golongan

yang pasif. Di harapkan para pembaca dapat meluangkan masa untuk melawat laman ini dan memberi komen terhadap usha murni Inang. Semoga berjumpa lagi di artikal seterusnya.

No comments:

Post a Comment